<< December 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31


Malaysia Blog Sites Listing
Best Malaysian Sites
TopTen Website


Untuk Mendapatkan Password Demo Sistem Ini Sila Masukkan E-mail Anda Di Bawah .. Terima Kasih

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, June 22, 2006
Apa dia pembelajaran secara online??
Apakah Score A Programme™ ?

Berikut merupakan pecahan secara ringakas bagaimana sistem ini berfungsi..

Sistem secara asasnya terbahagi kepada 6 bahagian kecil seperti berikut:



Antara Ciri-ciri Unik Score A Programme™

1. ePast Year Exam

ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama iaitu UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan kertas soalan tahun-tahun lepas sebenar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

    Syarikat Edu-2U menerusi gabungan dengan Cerdik Publishing Sdn. Bhd. , yang mana syarikat ini telah diberikan hak ekslusif oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.

    Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut "Tahun" ataupun secara"Rawak" dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.

2. eTopic


    eTopic
adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan pembelajaran output secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah.

    Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari.  Dengan ini dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.

    Melalui eTopik juga, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke 2 , ke 3 , atau ke 4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.

3. eProgress

    eProgress adalah carta perantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ciri ini adalah satu kaedah perantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.

    Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.

4. eTrial Exam

    Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR & SPM.

    Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi.

    eTrial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah.Dimana pemarkahannya adalah serta merta.

    Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.

5. eAssessment


e-Assessment telah direkabentuk untuk membolehkan anak-anak membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan pembelajaran output secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah.

    Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.

6. eReport Card


eReport Card adalah SATU CIRI YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, samada dari e-assesment mahupun e-Trial exam.

    Ciri ini membolehkan anda mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.

    Tambahan, eReport Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan anda memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar.

Antara Objektif Utama eReport Card ini adalah:-

  1. Membolehkan ibu bapa memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak.
  2. Membantu anak-anak bila perlu terhadap perkembangan akademik mereka.
  3. Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga.
Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak dengan adanya eReport Card™ ini. Nescaya cara penilai ini adalah sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai kecermelangan A

Terbaru!!!

eReport Card melalui sms!!! Kini anak anda tiada alasan untuk tidak membuat ulangkaji kerana semua progress mereka berada dalam tangan anda!!




Untuk pembelian dan maklumat lanjut sila klik sini

Posted at 10:33 am by rennuke
Make a comment  

Majlis Pelancaran 25 Ogos 2002

Pelancaran produk ini  telah  dilaksanakan oleh  Timbalan Menteri Pendidikan, Y.B. Dato' Abdul Aziz  Shamsudin pada 25 Ogos 2002.


maklumat lanjut dan pembelian klik sini

Posted at 10:35 am by rennuke
Make a comment  

Pengesahan PIBGN


    Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional telah menilai dan menyokong penggunaan program ini kepada semua  pelajar  kerana ini memang terbukti amat berkesan dalam meningkatkan pembelajaran mereka.

    Berikut adalah surat daripada PIBGN tersebut:
Untuk maklumat lanjut dan pembelian klik sini

Posted at 10:41 am by rennuke
Make a comment  

Friday, June 23, 2006
Pengedar Diperlukan!!


    Kepada anda yang berminat untuk menjadi pengedar atau ingin memiliki produk ini dengan harga ahli sila terus ke laman web dan klik Daftar Usahawan.. Klik DISINI

Segala maklumat dan pelan perniagaan ada dalam laman web tersebut.

Produk ini baru sahaja di lancarkan pada 1 April 2006 dan telah dirasmikan oleh Datuk Hishammudin Hussein pada 3 Jun 2006. Oleh itu peluang anda untuk menjadi pengedar utama masih terbuka luas!!


Affiliate Program!!
Bagi anda yang kurang berkemampuan, anda boleh juga menyertai affiliate program dengan percuma!! Setiap jualan atas nama anda akan peroleh RM20 setiap satu.

Terus ke laman web INI

Tambah pendapatan anda sambil menambah ilmu..InsyaAllah..

Terima Kasih Kerana sudi melawat laman web ini. Semoga bangsa Melayu bertambah maju dan bersaing dalam segala bidang..InsyaAllah..

Posted at 12:15 pm by rennuke
Make a comment  

Sunday, June 25, 2006
Pelan Perniagaan Untuk Ahli

Berikut adalah secara ringkas ditunjukkan bagaimana pelan perniagaan untuk yang berminat untuk menjadi ahli:







Sebarang pertanyaan amat dialu-alukan..

Untuk Mereka Yang Berminat, Terus Ke Laman Web Ini (KLIK DISINI)

Posted at 12:55 am by rennuke
Make a comment  

Maklumat Pembelian

Berikut diterangkan serba sedikit cara pembelian untuk pelanggan-pelanggan yang berminat:

1.    Yuran menjadi ahli : RM496 ( Anda akan menerima dua reload  kad  yang bernilai RM496).

2.    Setelah menjadi ahli, harga kad reload boleh dibeli dengan harga ahli iaitu RM168 setiap satu.

3.    Satu kad ini mempunyai 1 activation code and 1 top-up code (boleh juga dibeli secara berasingan)  

4.    1 activation code bernilai RM 50 boleh digunakan untuk seorang pelajar (mempunyai individual sms & e-report card untuk sepanjang tempoh pembelajaran).

5.    1 top-up code (Harga runcit:RM198 , Harga ahli:RM168) boleh digunakan untuk maximum 5 orang pelajar selama 3 bulan.

6.    Setiap pembelian 2 kad(mengandungi 2 activation code dan 2 top up                    code) (Rm50+Rm50+Rm198+Rm198=RM496) akan menerima keahlian secara automatik, sila terus ke laman Daftar Usahawan selepas membuat pembayaran.

7.    Kad yang sudah mencapai tamat tempoh tapi belum digunakan boleh ditukar ganti dengan kad baru.

Anggaran kos seorang pelajar selama sebulan ialah:

RM248 / 5 pelajar / 3 bulan = RM16.60 seorang untuk semua subjek.

Dengan lain perkataan...jika anda ada 2 orang anak anda boleh membeli 2 Activation Code dan hanya satu Top-Up code...jumlah total ialah.. Rm50+Rm50+Rm198(harga runcit)=298 sahaja untuk penggunaan 3 bulan..

KLIK DISINI UNTUK PEMBELIAN



Posted at 03:22 am by rennuke
Make a comment  

Monday, June 26, 2006
Tips belajar menggunakan komputer..

Berikut adalah sedikit tips yang berguna terutama untuk anda yang memilih untuk belajar menggunakan komputer:

1. Pastikan cahaya lampu / matahari disekeliling anda cukup terang berbanding cahaya skrin monitor. Ini untuk mengelakkan mata anda menerima terlalu banyak cahaya dan akan merosakkan mata.

2. Pastikan kedudukan monitor anda selari dengan mata atau bawah sedikit daripada pandangan mata. Ini bertujuan supaya mata dan juga leher anda tidak cepat letih.

3. Berehat sekurang-kurangnya 15 minit dengan memandang tempat yang jauh selepas menggunakan komputer selama 1 jam. Ini bertujuan mengurangkan keletihan mata dan juga memastikan anak mata sentiasa sihat.

4. Seboleh-bolehnya kerusi yang anda guna selesa dengan badan anda. Meletakkan bantal kecil dibawah punggung anda juga boleh memberi keselesaan jika anda menggunakan kerusi kayu.

5. Pastikan tetikus (mouse) anda selaras dengan tinggi kedudukan anda. Jika kedudukan mouse terlalu tinggi atau rendah, ia akan menyebabkan keletihan pada tangan anda.

Semoga anda dapat menggunakan kemudahan yang telah sedia ada dengan sepenuhnya dan sekaligus meningkatkan mutu pembelajaran anda..

Sekian terima kasih...

untuk membeli produk atau maklumat lanjut..Sila KLIK DISINI

Posted at 11:07 pm by rennuke
Make a comment