Berikut merupakan pecahan secara ringakas bagaimana sistem ini berfungsi..
Sistem secara asasnya terbahagi kepada 6 bahagian kecil seperti berikut:

Antara Ciri-ciri Unik
Score A Programme™1. ePast Year Exam
ePastYearExam membolehkan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan utama iaitu
UPSR , PMR dan SPM berlatih menggunakan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Syarikat Edu-2U menerusi gabungan dengan
Cerdik Publishing Sdn. Bhd. , yang mana syarikat ini telah diberikan untuk mencetak dan mengedarkan soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas.
Setiap kertas soalan disediakan dalam format yang sama seperti kertas soalan peperiksaan yang sebenar. Disini para pelajar boleh memilih soalan samada menurut "Tahun" ataupun secara"Rawak" dan haruslah melengkapkan latihan dalam masa yang diperuntukkan. Ciri yang ekslusif dan berharga ini membolehkan pelajar melakukan latihan tanpa had. Justeru membantu dan membiasakan diri untuk bersedia menghadapi peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A didalam peperiksaan yang sebenar.
2. eTopic
eTopic adalah satu modul latihan yang membolehkan pelajar melakukan latihan-latihan pendek dan membekalkan secara terus untuk menilai tahap pemahaman pelajar terhadap topik yang diajar disekolah.
Pelajar boleh memilih topik-topik tertentu yang telah diajar disekolah pada hari tersebut secara langsung dapat megetahui samada mereka faham atau tidak topik yang baru dipelajari. Dengan ini dapat membantu mereka mengenalpasti kekuatan dan kelemahan mereka supaya dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan.
Melalui eTopik juga, penandaan dibuat serta merta untuk membolehkan pelajar belajar daripada kesilapan. Pelajar dibenarkan melakukan percubaan sebanyak empat kali pada setiap soalan. Setiap percubaan yang salah akan ditolak 1/3 markah dan akan diberitahu serta merta akan kesalahan tersebut. Ini akan 'memaksa' pelajar membaca soalan dengan teliti sebelum membuat percubaan yang ke 2 , ke 3 , atau ke 4 lalu menanamkan sikap untuk membaca dan memahami soalan dengan teliti sebelum menjawab.
3. eProgress
eProgress adalah carta perantauan yang membolehkan ibu bapa mengikuti perkembangan anak-anak melalui eTopic. Ciri ini adalah satu kaedah perantauan yang efektif. Ia direkabentuk untuk memastikan bahawa ibu bapa sentiasa diberitahu tentang kesemua latihan-latihan eTopic anak-anak mereka.
Ibu bapa juga akan dikemaskinikan tentang bilangan percubaan yang telah dilakukan oleh anak untuk setiap topik. Justeru itu menunjukkan topik-topik yang didapati sukar. Maklumat ini membolehkan ibu bapa mengenal pasti topik-topik yang bermasalah dan bukan mengkategorikan kelemahan mengikut subjek.
4. eTrial Exam Untuk memastikan bahawa anak anda betul-betul bersedia untuk menghadapi peperiksaan, modul eTrial Exam™ direkabentuk sebagai satu simulasi keadaan peperiksaan yang sebenar untuk UPSR, PMR & SPM.
Modul ini akan membantu anak anda membiasakan diri dengan keadaan dimana mereka harus melengkapkan kerja mengikut masa yang diberi.
eTrial Exam™ telah direkabentuk seperti peperiksaan yang sebenar dan para pelajar haruslah melengkapkannya sebelum diberi markah.Dimana pemarkahannya adalah serta merta.
Pendek kata, modul ini menjadikan para pelajar lebih yakin, bersedia dan mendapat keputusan yang cemerlang.
5. eAssessment

e-Assessment telah direkabentuk untuk membolehkan anak-anak membuat latihan pendek sebanyak yang mungkin dan membekalkan secara terus menerus untuk menilai sejauh manakah pemahaman mereka didalam subjek yang diajar disekolah.
Anak-anak anda boleh memilih mana-mana subjek pada bila-bila masa dan secara terus boleh menilai samada mereka faham atau tidak subjek yang diajar. Sebagai ibu bapa anda dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan anak anda supaya anda dapat mengambil langkah-langkah tertentu untuk memperbetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksaan yang sebenar.
6. eReport Card

eReport Card adalah SATU CIRI YANG PERLU ada bagi ibu bapa yang prihatin terhadap pembelajaran anak. Ia memaparkan kesemua sesi pembelajaran output anak anda, samada dari e-assesment mahupun e-Trial exam.
Ciri ini membolehkan anda mengetahui secara terperinci akan kekuatan dan kelemahan terhadap subjek yang dipelajari oleh anak anda. Ia merekodkan dan memaparkan purata markah untuk setiap subjek yang dibuat pada bulan tersebut. Anda juga boleh membuat perbandingan dengan keputusan latihan yang dibuat pada bulan-bulan sebelumnya.
Tambahan,
eReport Card™ merekodkan sebanyak 10 latihan terakhir dari eAssessment™ & eTrial Exam™ untuk membolehkan anda memantau dan mengambil langkah-langkah tertentu untuk membetulkan keadaan sebelum mereka menduduki peperiksan yang sebenar.
Antara Objektif Utama eReport Card ini adalah:-
- Membolehkan ibu bapa memantau & menilai tahap perkembangan akademik anak-anak.
- Membantu anak-anak bila perlu terhadap perkembangan akademik mereka.
- Mengesan dan menjejaki pelajaran anak anda tanpa melalui pihak ketiga.
Secara langsung memberi galakan kepada anak-anak dengan adanya eReport Card™ ini. Nescaya cara penilai ini adalah sangat bernilai untuk mereka yang ingin mencapai
kecermelangan ATerbaru!!! eReport Card melalui sms!!! Kini anak anda tiada alasan untuk tidak membuat ulangkaji kerana semua progress mereka berada dalam tangan anda!!

Untuk pembelian dan maklumat lanjut sila klik sini
Posted at 10:33 am by rennuke